Pemberian diskaun itu adalah sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang baru yang diumumkan bulan lalu iaitu bagi memerangi kos kehidupan yang kian meningkat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor. Terdapat beberapa lebuh raya terutamanya yang di luar Kuala Lumpur yang menawarkan diskaun lebih awal bermula pada 28 Ogos ini sehingga dua hari selepas hari raya. Lebuh raya yang terbabit ialah :
- Lebuh Raya Utara Selatan (Plus)
- Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)
- Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua)
- Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
- Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
- Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint)
- Lebuh Raya KL-Karak (KLK).
- Lebuh Raya Pantai Timur
- Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
- Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie)
- Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
- Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
- Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
- Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas)
- Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
- Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke)
- Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga)
- Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
- Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk)
- Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Lebuh Raya Latar – Tol Percuma Dilanjutkan sehingga 31 Ogos
No comments:
Post a Comment