"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN DAN SEINDAH-INDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"

Tuesday, August 23, 2011

Terkena Jangkitan Selsema dan Batuk

Sudah 3 hari batukku berlanjutan.. madu dan limau menjadi ubat semasa buka dan sahur.. working tau.. sy suggest pd kawan2 kalau anda terkena batuk dan selsema boleh mnggunakannya.. hari ini aku kerja dengan menggunakan 'mask'.. yelah, tidak mahu kawan2 terkena virus pulak.. aku dah search punca batuk dan selsema utk tatapanku di blog ini.. sesiapa yg berminat boleh la baca.. ;D

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala
Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
  • Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
  • Bersin.
  • Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
  • Sakit kepala.
  • Adakalanya, demam yang ringan.
  • Sakit badan.
  • Mata berair.
  • Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
Komplikasi-komplikasi Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika
  • Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
  • atau demam ringan yang berpanjangan.
  • Berlakunya sakit dada.
  • Terdapat kesusahan bernafas.
  • Terdapat kahak berwarna kuning.
  • Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
Penjagaan kendiri Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit. Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah:
  • Amalkan gaya hidup yang sihat.
  • Makan makanan yang seimbang.
  • Senam selalu.
  • Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
  • dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
  • Tidur secukupnya.
  • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
  • Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
  • makanan.
  • Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
  • Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
  • Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
  • Merokok.
  • Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
  • Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
  • mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
  • Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
  • Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
  • Berehat
  • Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
  • Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
  • Inhalasi (sedutan).
  • Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
  • kanak-kanak.
  • Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
  • Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
  • Jangkitan bakteria sekunder.
  • Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
  • lelah.
Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : - Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya. Warga-warga tua Golongan yang sangat muda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Zikir Harian


HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X) [Ya Allah, Tuhan Maha Hidup Lagi Berdiri Dengan Sendiri]

HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) [Tiada Daya & Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung]

HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) [Ya Allah, Rahmatilah Ke atas Nabi Muhammad S.A.W & Keatas Keluarga Baginda]

HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) [Aku Memohon Keampunan Kepada Allah Tuhan Maha Esa]

HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) [Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNya]

HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )

HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )[Tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah]

My Anniversary..

Daisypath Anniversary tickers