"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN DAN SEINDAH-INDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"

Monday, April 11, 2011

Telur Ayam Palsu


MMMmm.. macam2 dunia sekarang ni.. telur pun nk dipalsukan.. ishhh.. aku pulak dah  termakan telur palsu ni.. ceritany awal bulan ni, aku ada membeli telur 2 tray, utk mak aku 1 tray di sebuah kedai telur tepi jalan yang terkenal di Daerah Rembau.. Selepas kecoh berkenaan telur palsu, adik aku ni buat lah eksperimen telur yang aku beli ni.. 
Setelah dipecahkan, ternyata telur ini, tidak berbau hanyir, putih telur yang cair.. mmg sahla kot.. yang aku paling tak suka, telur ni akan memudaratkan kesihatan kita..  ni aku selitkan cerita berkenaan telur palsu untuk sedikit pengetahuan kita.. 

GEORGETOWN: Sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini merampas 270 biji telur ayam di tiga gerai di Pasar Awam Pulau Tikus, di sini.
Pemeriksaan pada 10.30 pagi itu dibuat berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam mengenai telur ayam tiruan selepas aduan seorang pembeli yang dipercayai membeli telur itu.
“Kami merampas 90 biji telur ayam dari setiap gerai untuk dihantar ke makmal bagi menjalani ujian untuk menentukan kesahihan telur itu sama ada ia telur sebenar atau tiruan,” kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK M Gunaselan.


Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata telur ayam yang dirampas itu dijual dengan harga 35 sen hingga 38 sen sebiji di pasaran tempatan.
Gunaselan berkata, pihak penguatkuasa akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, seorang peniaga Lim Siew Eng, 85, berkata dia terkejut dengan dakwaan berkenaan sehingga pihak penguatkuasa melakukan pemeriksaan di gerainya pagi ini.
“Saya sudah 50 tahun menjual telur ayam di sini dan hingga kini tidak pernah menerima aduan atau rungutan daripada pelanggan… ini kali pertama gerai saya diperiksa.


“Sejak berniaga di sini, saya langsung tidak tahu mengenai hal ini kerana saya mendapat bekalan telur ayam daripada seorang pembekal di Pasar Jalan Anson di sini. Saya tidak pernah mendapatkan bekalan dari tempat lain,” katanya.
Semalam, CAP menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur ayam yang didakwa tiruan pada harga RM11 di pasar itu. Telur tiruan itu dikatakan mempunyai saiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. – BERNAMA

CARA MUDAH KENAL PASTI TELUR AYAM PALSU OLEH CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.
Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

GAMBAR SEBENAR TELUR AYAM TIRUAN / PALSU

GAMBAR SEBENAR TELUR AYAM TIRUAN DARI CHINA
Kalau korang nak tahu ni lah gambar sebenar telur ayam tiruan. Gambar nie diambil oleh seorang warga Indonesia semasa makan nasi lemak. Di Indonesia sebenarya sudah berleluasa penggunaan telur ayam tiruan. Gambar ini pun diambil sekitar tahun 2008. Dah kaya agaknya tokey telur ayam tiruan nie. Ini lah akibatnya kalau ilmu disalah guna.

sila klik di photo untuk gambar lebih jelas……..

PERBEZAAN ANTARA TELUR AYAM PALSU DAN TELUR AYAM ASLI

Sekarang ni dok heboh pasal telur ayam tiruan. Korang boleh bezakan tak telur ayam tulen / asli dengan telur ayam tiruan / palsu. Entah-entah korang pun dah pernah termakan. Lebih-lebih lagi kalau makan kat luar. Mesti ada yang ambil kesempatan disebabkan harganya yang murah. Tapi tak semua peniaga yang tak bermoral macam tu kan? Mesti ada yang beriman punyer…..
So, kalau korang nak tahu perbezaan antara telur ayam asli / tulen / original dengan telur ayam palsu / tiruan / fake tengoklah gambar kat bawah nie. Harap bermanfaat…..

SENANGNYA BUAT TELUR AYAM TIRUAN

Sekarang ni macam-macam cerita pasal cetak rompak atau klon. Sampai telur pun diorang dok ciplak. Nak kata bijak pun yer, nak kata bangang pun yer gak. Tapi disebabkan kos kehidupan meningkat macam-macam style orang guna untuk meraih pulangan lumayan. Lepas nie tah hapa2 la plak diorang nak tiru.
Yang problemnya ada yang kata rasanya lebih sedap, ada yang kata takda rasa. Mana satu betul aku pun tak tahu. Kena cari telur tiruan la plak lepas nie. Tapi takut plak nak makan sebab bahan kimia dia boleh memudaratkan. Kat negara China banyak berlaku keracunan makanan disebabkan telur segera ini.
Kalau korang nak tahu cara buat telur tiruan / palsu ini mudah sangat. Tapi korang mesti tahu mana nak dapat ramuan bahan kimia dia. Tapi bila dah tahu buat jangan pulak korang buat bisnes telur….heheh! Kang bertelur kat dahi baru tahu.  Di bawah ini ada langkah-langkah yang perlu untuk membuat telur ayam palsu.
CARA MUDAH MEMBUAT TELUR AYAM PALSU

Ramuan:
Kulit telur – lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat
Putih & kuning telur - natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
Nie la ramuan yg diperlukan…


Langkah Penyediaan:
1. Ayakkan kalsium klorida dgn air dan pewarna makanan.
2. Tuangkan campuran pewarna makanan dgn cecair kalsium klorida tadi ke dlm acuan utk menghasilkan bhgn kuning telur.
3. Biarkan acuan tadi mengering. Ulangi langkah yg sama dgn campuran cecair natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik utk menghasilkan bhgn putih telur. Tuang campuran putih telur di atas kuning telur yg telah biarkan mengering tadi.
4. Setelah kering, salutkan telur tadi dgn lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat bagi membentuk kulit telur yg seiras kulit telur ayam asli apabila dikeringkan.
Dah siap…
rupa telur palsu yg dah siap…
rupa isi telur palsu yg dah dikupas…


TELUR AYAM TIRUAN [PALSU] DI MALAYSIA

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerimaaduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Zikir Harian


HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X) [Ya Allah, Tuhan Maha Hidup Lagi Berdiri Dengan Sendiri]

HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) [Tiada Daya & Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung]

HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) [Ya Allah, Rahmatilah Ke atas Nabi Muhammad S.A.W & Keatas Keluarga Baginda]

HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) [Aku Memohon Keampunan Kepada Allah Tuhan Maha Esa]

HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) [Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNya]

HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )

HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )[Tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah]

My Anniversary..

Daisypath Anniversary tickers